Best of 2024: Detik kejayaan olahraga pilihan terbaik Kamal Nizam
Najmi Iman
December 22, 2024 14:28 MYT
December 22, 2024 14:28 MYT
Wartawan Astro Arena, Kamal Nizam, menganggap pencapaian olahraga negara sebagai momen terbaik 2024 apabila pelbagai detik kejayaan membanggakan dirakam tahun ini.
Kamal menjadi saksi kepada kebanyakan rekod baru yang dicipta, sekali gus mencerahkan masa depan propek olahraga kebangsaan di pentas antarabangsa.
"Pilihan terbaik pada tahun 2024 saya ialah daripada sukan olahraga di mana Syed Amin Roslan menjadi atlet Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pertama berlari di bawah 21 saat dalam acara 200 meter.
Wartawan Nadi Arena, Kamal Nizam yang cukup dekat dengan perkembangan sukan olahraga memilih sensasi Nani Sahirah pecah rekod kebangsaan sebagai detik terbaik 2024 ⌛️⏳ Anda setuju? ⭐️ Jom kongsikan momen sukan terbaik 2024 anda di https://t.co/vIzW9V1U8G#bestof2024 pic.twitter.com/Q4llWJMNlt
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia merekodkan 20.97s. Hanya sedikit kiraan dibezakan dengan rekod kebangsaan yang dilakukan oleh Russel Alexander Nasir Taib iaitu 20.77s.
"Seterusnya, saya memilih Nani Sahirah Maryata yang juga berjaya memecahkan catatan kebangsaan miliknya sendiri dengan balingan sejauh 15.70m dalam acara lontar peluru Kejohanan Olahraga Varsity Grand Final 2024.
"Saya turut berada di situ untuk menyaksikan pencapaian yang menakjubkan itu.