Beri ruang buat Tze Liang pulih daripada kecederaan
Najmi Iman
November 3, 2024 20:14 MYT
November 3, 2024 20:14 MYT
Pengarah Teknikal kem terjun negara, Bryan Nickson Lomas, memberikan perkembangan terkini bahawa keadaan Ong Tze Liang tidak merisaukan tatkala meneriman beberapa jahitan di kepala dan masih berada di hospital.
"Dapat perkhabaran daripada isterinya bahawa dia berada dalam keadaan baik selepas menerima rawatan pantas di hospital dan menjalani jahitan di kepala akibat pelanggaran itu.
"Setiap laporan terbaru terhadap perincian lanjut masih belum diperoleh daripada pihak hospital.
Kepala Ooi Tze Liang terkena papan anjal ketika melakukan terjunan dalam Kejohanan Terbuka Malaysia pic.twitter.com/yE5rtQrwU4
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tidak boleh ulas panjang kerana kami memberi ruang kepadanya untuk proses pemulihan terlebih dahulu," katanya.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, hari ini menjelaskan penerjun negara itu tidak mengalami kecederaan yang serius selepas mengalami kemalangan ketika final acara papan anjal 3 meter lelaki Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Atlet berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan ketika melakukan terjunan kedua.
Sementara itu, gandingan penerjun negara, Syafiq Puteh-Hanis Nazirul Jaya Surya, mengakhiri saingan 3 meter papan anjal seirama di tempat kedua.
Perbezaan 2.0 mata memisahkan kedudukan dengan pendahulu daripada New Zealand, Frazer Tavener-Liam Stone, yang menjuarai acara tersebut.
"Agar sukar tetapi kami tetap mempamerkan persembahan terbaik tatkala ini merupakan kali pertama kami digandingkan bersama," ulas Hanis Nazirul.
"Bagi saya, hari ini berjalan lancar sambil tidak menjangkakan untuk memenangi pingat kerana mengetahui prestasi pihak lawan yang lebih hebat.
"Kami hanya konsisten melakakukan terjunan dan Alhamdulillah berjaya naik ke podium," kata Syafiq Puteh.