Belanjawan 2025: MOM puji usaha Kerajaan Madani terus perkasa pembangunan sukan negara
Saufi Tahir
October 18, 2024 21:14 MYT
October 18, 2024 21:14 MYT
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu kenyataan media hari ini memuji pembentangan Belanjawan Iklusif Kerajaan 2025 yang memberi fokus buat industri sukan negara dan terus komited dalam meneruskan pembangunan sukan di Malaysia.
Setiausaha Agong MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib, memberikan sokongan padu serta memuji pembentangan Belanjawan Malaysia Madani 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta atas sokongan berterusan kepada Sukan Olimpik dan bukan Olimpik.
"Inisiatif utama seperti Program Road To Gold dan Program Podium untuk terus memberikan latihan dan memberikan keperluan bertaraf dunia buat semua atlet,"
Dalam pada itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, turut mengucapkan tahniah kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan menerima peruntukan langsung RM15 juta untuk pembanggunan pasukan senior dan skuad muda negara.
Malah, inisiatif pelepasan cukai buat ibu-bapa yang membeli peralatan sukan merupakan satu lagi langkah progresif bagi menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dalam acara sukan bagi memupuk gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat.
"Bajet ini merupakan gambaran jelas visi pihak Kerajaan Madani untuk ekosistem sukan inklusif negara serta mampu memupuk juara dan menggalakkan kesejahteraan masyarakat." katanya.