Pemain badminton nombor satu dunia, Victor Axelsen mengakui penyandang juara itu tidak berada dalam prestasi terbaik ketika memasuki fasa separuh akhir kempen mempertahankan kejuaraan Terbuka Malaysia.
Namun, pemain kelahiran Denmark itu menegaskan dia tetap berusaha menampilkan persembahan terbaik setiap perlawanan bagi pemburuan kejuaraan ketiga berturut-turut untuk edisi Super 1000 berkenaan.
Biarpun begitu, Axelsen mengakui tidak berpuas hati keputusan diraih di Terbuka Malaysia selepas merangkul beberapa kejuaraan Super 1000 sebelum ini.
"Anda bukan pemain terbaik seandainya anda tidak menang dan itulah yang berlaku kepada saya hari ini.
"Ia semua berlaku beberapa minggu selepas memenangi Siri Akhir Jelajah Dunia untuk kali kelima, saya boleh melakukannya dengan rehat seminggu tambahan.
"Saya mahu menang, tapi ternyata Yu Qi lebih berhak untuk menang. Tahniah kerana dia menampilkan permainan yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas perlawanan separuh akhir di Axiata Arena pada Sabtu.
Dalam pada itu, Axelsen berkata, dia telah memberikan persembahan terbaik seperti yang diberikan sebelum ini dalam setiap perlawanan.
"Untuk seorang pemain tiada apa yang paling mahu diberikan setiap kali berada dalam gelanggang hanyalah kemenangan.
Sebelum itu, hasrat Axelsen untuk ke pentas perlawanan akhir Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila dijinakkan pemain China, Shi Yu Qi, 12-21, 19-21, 17-21 sekaligus mengakhiri penguasaan juara bertahan semalam.-Sinar Harian
Ammar Hakim
Sun Jan 14 2024
Barisan kejurulatihan Malaysia pacu badminton Hong Kong
Kem badminton Hong Kong dijangka akan menggunakan khidmat barisan kejurulatihan daripada Malaysia sebagai permulaan kempen yang lebih memberangsangkan, bermula tahun depan.
BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah menggantung bekas pemain perseorangan lelaki negara Liew Daren dan bekas penganalisis prestasi Institut Sukan Negara (ISN) Jerry Gan, selepas mereka didapati bersalah terbabit dalam kegiatan pertaruhan dan pengaturan perlawanan.
Kem Badminton Astro Kasih ESG: Aaron Lee Inbaraj komited lahir perseorangan wanita negara berdaya saing
Ketua jurulatih perseorangan remaja wanita kebangsaan, Aaron Lee Inbaraj, komited dalam melahirkan pemain perseorangan wanita negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Tidak lagi bersama Aaron Chia-Wooi Yik, Bin Shen sah tinggalkan BAM
Tan Bin Shen sah tidak bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkuat kuasa tahun depan selepas mengumumkan peletakan jawatannya selaku jurulatih skuad kebangsaan.
Aaron Chia beri rating pencapaian sepanjang tahun ini
Aaron Chia memberikan penarafan 7.5 per 10 atas prestasi dia dan gandingannya, Soh Wooi Yik, untuk musim 2024 dan mengakui tidak boleh memberikan rating yang lebih tinggi disebabkan prestasi mereka dalam Sukan Olimpik Paris.
Bendera terbalik: Permohonan maaf sudah memadai -- Menteri
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menganggap permohonan maaf yang dikemukakan pihak penaja jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia, berkaitan isu jalur gemilang terbalik di jersi pemain itu, sudah memadai dan tidak seharusnya dipanjangkan.
BWF perketat peraturan servis badminton
Pemain tidak dibenarkan berlengah dalam satu peraturan baru yang ditetapkan ke atas servis permainan badminton.
Lee Chong Wei saran BWF contohi tenis, bola sepak
Datuk Lee Chong Wei menuntut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) agar memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) berhubung proses rawatan dan peraturan di atas gelanggang agar kesihatan pemain badminton lebih terbela.
Permainan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei semakin matang -- Koo Kien Keat
Juara Final Siri Super 2008, Koo Kien Keat, memuji kematangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, selepas aksi menakjubkan yang ditampilkan dalam final jelajah dunia BWF 2024, minggu lalu.
Kem Badminton Astro Kasih ESG: Peserta cilik berguru dengan jurulatih berpengalaman negara
Jurulatih perseorangan remaja wanita negara, Sylvia Kavita Kumares, mengakui peserta Astro Kem Badminton bertuah kerana dapat menikmati pengalaman sebagai seorang pemain kebangsaan.
Fonseca 'on the right track' to emulate idol Sinner after Next Gen triumph
Fonseca wins Next Gen ATP Finals
Atalanta 3-2 Empoli: De Ketelaere double earns hosts 13th Serie A win
Report: Atalanta 3-2 Empoli
Zheng to miss United Cup and 'get ready' for Australian Open
Zheng to miss United Cup
Slot lauds Liverpool display after 'spectacular' win
Slot: Spurs games was 'spectacular'
Postecoglou proud of Tottenham despite 'painful' defeat to Liverpool
Postecoglou proud of Spurs
'It makes me proud' – Salah revels in Premier League records
Salah breaks a pair of PL records
Van Nistelrooy laments individual mistakes in disappointing Leicester defeat
Van Nistelrooy rues mistakes
Tottenham 3-6 Liverpool: Salah and Diaz at the double in nine-goal thriller
Report: Spurs 3-6 Liverpool
Wolfsburg 1-3 Borussia Dortmund: Quickfire goals secure Sahin's first Bundesliga away win
Report: Wolfsburg 1-3 Dortmund
Inzaghi sweating on fitness of Darmian and De Vrij ahead of Como clash
Inzaghi sweating on Inter duo