Angkat Berat Komanwel 2024: Aznil Bidin raih emas kategori 67kg
Ammar Hakim
September 18, 2024 09:33 MYT
September 18, 2024 09:33 MYT
Atlet angkat berat negara, Aznil Bidin, meraih satu lagi pingat emas buat kontinjen negara apabila mengungguli kategori 67 kilogram (kg) Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji.
Aznil, yang beraksi dalam kategori baru, berjaya membuahkan hasil apabila meraih pingat emas menerusi angkatan 300kg.
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat, berkata, PABM yakin pertukaran kategori Aznil akan memberikan masa depan yang baik buat dirinya dan juga buat Malaysia.
"Alhamdulillah pagi ini berlangsung acara 67kg di Commonwealth Championship Fiji 2024 dan Aznil Bidin telah melakukan yg terbaik utk mendapatkan Emas buat negara, bagi acara Senior ini Emas ke 3, jika campur dgn Junior ni yang keempat.
"Kategori 67kg adalah baru bagi Aznil, sebelum ini bersaing dengan rakan sepasukan, Aniq Kasdan beraksi di kategori 61kg bagi kelayakan Sukan Olimpik. Jadi Aznil berpindah ke kategori baru.
"PABM yakin dgn perubahan kat ia akan memberikan ruang lebih baik kepada Azinal dan negara, sy selalu katakan permulaan ini perlu buat 300 kg dan perlu usaha ke 310kg menjelang Sukan Komanwel. Syukur Aznil lakukan 300kg di Fiji."