Harimau Malaya akan berentap dengan India sehari awal atas persetujuan bersama dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.

Sepak mula perlawanan tersebut bakal dijalankan pada 18 November dengan India bertindak sebagai tuan rumah di Stadium Gachibowli, Hyderabad.




Sementara itu, ujian pertama membabitkan barisan kendalian Pau Marti Vicente itu sempena kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bulan depan iaitu menghadapi Laos di Stadium Pat, Bangkok, 14 November depan, dikekalkan.

Ia berikutan venue di Laos digunakan untuk perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Sebelum ini, skuad negara memperoleh kemenangan 4-2 ke atas The Blue Tigers dalam Kejohanan Pestabola Merdeka 2023.