ACT: The Speedy Tigers akhiri cabaran di tempat keenam

Najmi Iman
September 16, 2024 15:21 MYT
Skuad hoki negara mengakhiri saingan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia di tempat keenam selepas tewas kepada Jepun di Moqi, China, sebentar tadi.
Kazumasa Matsumoto terlebih dahulu meletakkan Jepun di depan sebelum Mohamad Akhimullah Anuar Esook menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-5 menerusi pukulan sudut penalti.
Pemain berpengalaman, Faizal Saari, menyumbang dua gol untuk memberi kelebihan buat skuad kendalian Sarjit Singh, namun, Yuki Chiba dan Kazumasa Matsumoto mengikat permainan untuk memberi tekanan terhadap pasukan kebangsaan.
Giliran Fitri Saari memintas jaringan 4-3 pada minit ke-47 tetapi Seren Tanaka tidak mudah memberikan kemenangan buat pasukan Malaysia susulan percubaannya menewaskan penjaga gol Malaysia untuk keputusan seri 4-4.
Aksi diheret ke penentuan penalti shoot out yang menyaksikan Jepun berjaya memenangi perlawanan 4-2.
#Hoki #ACT #Hoki Trofi Juara-Juara Asia #The Speedy Tigers