ACLE: Tan Cheng Hoe bersama-sama rai kejayaan JDT benam Ulsan HD
Saufi Tahir
November 6, 2024 17:51 MYT
November 6, 2024 17:51 MYT
Kelibat bekas pengendali Police Tero, Tan Cheng Hoe, dilihat menyambut kemenangan Johor Darul Ta'zim (JDT) bersama barisan atlet negeri itu selepas menewaskan Ulsan HD di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Jurulatih berpengalaman berusia 56 tahun itu merupakan nakhoda penting dalam kejayaan Selangor melangkah ke pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) sebelum tidak menerima kontrak lanjutan daripada Police Tero.
Cheng Hoe turut pernah melatih skuad Harimau Malaya pada 2017 hingga 2022 sebelum pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan-gon, mengambil alih skuad kebangsaan.
Kehadirannya itu di SSI berkemungkinan bakal mengisi kerusi kosong selaku pengarah teknikal yang pernah disandang oleh Hector Bidoglio mahupun jurulatih peringkat remaja Harimau Selatan.