ACLE: Saya minta maaf -- KPG
Najmi Iman
November 5, 2024 22:22 MYT
November 5, 2024 22:22 MYT
Pengendali Ulsan HD, Kim Pan-gon, menggambarkan kesedihannya selepas tewas 0-3 kepada juara 10 kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam kempen Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), sebentar tadi.
Kekecewaan itu lebih mendalam susulan gagal meraih sebarang kemenangan dalam pentas Asia, sekali gus menghuni tangga tercorot tanpa pungutan mata.
Meskipun baru sahaja menjuarai liga utama Korea Selatan, ia tidak mencukupi buat keseluruhan pemain dan barisan kejurulatihan Ulsan HD.
Tewas empat kali berturut-turut di saingan ACLE. Kim Pan-Gon kecewa akan nasib pasukan kendaliannya, turut menyertakan faktor kecederaan pemain penting sebagai punca prestasi merundum.#ACLE pic.twitter.com/leYF9jm0os
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia adalah perlawanan yang sukar. Saya memohon maaf kepada semua penyokong Ulsan HD atas kekalahan ini dan sangat kecewa dengan keputusan malam ini," katanya selepas aksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).