ACL2: Katsuhito Kinoshi mohon maaf kepada penyokong Selangor
Muzaffar Musa
November 29, 2024 14:15 MYT
November 29, 2024 14:15 MYT
Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, memohon maaf kepada penyokong pasukan itu selepas The Red Giants tewas 1-2 kepada Muangtohng United dalam aksi Kumpulan H, Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium MBPJ, Petaling Jaya malam tadi.
Selangor menyederi mereka akan menempah tikat ke pusingan 16 dengan lebih awal seandainya memenangi perlawnanan itu dan mereka berada di depan hasil jaringan Quentin Cheng seawal minit kelima.
Bagaimanapun, segalanya berubah dalam babak kedua apabila pelawat melakar kebangkitan menerusi jaringan Felicio Brown Forbes dan Poramet Arjivirai untuk Sang Gergasi Merah tergelincir ke tangga ketiga.
Ia bermakna pasukan bimbingan Katsuhito itu perlu memenangi aksi terakhir menentang Cebu di laman lawan pada Khamis depan sambil mengharapkan Muangthong tidak melakar kejutan ke atas Jeonbuk dalam satu lagi perlawanan untuk mereka layak ke pusingan kalah mati.
"Kami sepatutnya mendapatkan gol kedua, jadi ia mengecewakan," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.
"Tetapi kami sekurang-kurangnya dapat menunjukkan kepada penyokong yang kami tidak pernah mengaku kalah dari awal sehingga ke akhir.
"Tetapi yang pertama, saya mahu memohon maaf kepada penyokong kerana tidak dapat memberikan tiga mata buat mereka.
"Jadi selepas ini, kami perlu mendapatkan tiga mata buat penyokong dan peminat Selangor," katanya.