Zinedine Zidane menyifatkan tempohnya sepanjang bekerjasama dengan Sergio Ramos merupakan "satu kegembiraan dan kebanggaan" selepas pertahanan tengah itu sah akan meninggalkan Real Madrid.

Ramos dan Zidane memenangi dua gelaran LaLiga, dua kejuaraan Supercopa de Espana dan empat trofi Liga Juara-Juara Eropah sepanjang bersama di Madrid.

Madrid mengumumkan kelmarin bahawa masa depan Ramos telah ditentukan di mana pemain berusia 35 tahun berkenaan akan meninggalkan kelab itu.

Dalam satu kiriman khas buat Ramos di Instagram, Zidane yang meninggalkan Madrid pada hujung bulan lalu berkata: "LEGENDA!

"Ia merupakan satu kegembiraan dan kebanggan untuk miliki anda selaku rakan dan pemain

"Kapten yang hebat sepanjang sejarah! Terima kasih untuk segala-galanya."

A post shared by zidane (@zidane)