Zhafri Yahya beri gambaran sedia pikul tugas arkitek Harimau Malaya -- Pemerhati Sukan

Saufi Tahir
November 15, 2024 19:10 MYT
Bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri, menyifatkan kemenangan 3-1 skuad negara ke atas Laos sememangnya wajar berlaku.
Kekemasan barisan Harimau Malaya mengatasi Laos, cuma beberapa kesilapan di jentera pertahanan menyumbang kepada jaringan penyamaan di mana gol itu tidak sepatutnya berlaku.
Malah, penantian Zhafry Yahya juga akhirnya membuahkan hasil selepas pemain itu membuat debut pertamanya buat skuad negara bersama Fazrul Amir Zaman dan Fergus Tierney.
Malah, pemain kelahiran Kuala Lumpur ini tampak tidak kekok dalam merancang beberapa asakan disamping keserasian dengan pemain negara yang lain adalah memuaskan.
"Gol pertama hadir menerusi situasi bola mati sangat menarik. Prestasi Syihan Hazmi berjaya mengawal selepas diancam beberapa kali sangat baik.
"Malam tadi merupakan gambaran awal Zhafry telah bersedia untuk memikul tugas dan mencari tempat di jentera tengah serta merebut tempat dibawah kendalian Pau Marti." katanya.
#bola sepak #Asmawi Bakiri #Harimau Malaya
;