Yusoff: Usah kejar keputusan seri

Penulis Jemputan
July 20, 2017 19:36 MYT
Pengurus skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Wira Yusoff Mahadi, tidak mahu skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mengharapkan keputusan seri apabila turun bertemu Thailand dalam perlawanan kedua Kumpulan H, Kejohanan Kelayakan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23, esok.
Sebaliknya, Yusoff menegaskan skuad negara perlu tampil dengan misi wajib menang bagi memastikan kemaraan ke pusingan akhir kejohanan dapat disahkan lebih awal.
"Keputusan di antara Thailand dan Mongolia sebenarnya ada baiknya untuk kami tetapi kami tidak boleh sekadar mengharapkan keputusan seri menentang mereka," ujarnya.
Dalam masa sama, beliau juga optimis skuad skuad muda negara mampu melunaskan misi itu jika semua pemain tampil dengan corak permainan positif seperti ketika bertemu Indonesia, semalam.
"Saya berharap agar momentum menentang Indonesia dapat diteruskan oleh pemain kerana tidak mustahil untuk Malaysia mengatasi Thailand," tambahnya.
#bola sepak #Malaysia #AFC #Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi #AFC U-23 Championship
;