Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka, diuji positif koronavirus ketika menjalankan tugas peringkat antarabangsa bersama Switzerland.
Pasukan kebangsaan Switzerland mengesahkan semalam bahawa pemain itu -- yang dilayangkan kad merah ketika Arsenal dibelasah Manchester City 0-5 hujung minggu lalu -- sedang menjalani pengasingan selepas ujian calitan PCR yang dijalaninya menunjukkan keputusan positif.
Xhaka, yang merupakan ketua pasukan Switzerland, sudah mula bergejala sejak semalam -- menjelang perlawanan persahabatan menentang Greece.
Ujian calitan awal menunjukkan keputusan negatif tetapi ujian PCR lanjut yang dilakukan mendapati pemain itu positif virus berkenaan. Xhaka akan menjalani satu lagi ujian calitan esok.
Pasukan itu turut mengesahkan bahawa pemain berkenaan tiada sebarang kontak dengan rakan sepasukannya dan doktor pasukan itu juga berkata tiada sebarang tindakan lanjut perlu diambil memandangkan kesemua ahli pasukan mereka sudah divaksin atau sudah pernah pulih daripada COVID-19 sebelum ini.
Bagaimanapun, seorang pegawai pasukan itu masih perlu menjalani pengasingan.
Xhaka mempamerkan aksi terbaiknya bersama Switzerland dalam Euro 2020 tetapi gagal meneruskan persembahan itu bersama Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, di mana mereka tewas ketiga-tiga perlawanan pertama.
Pasukan bimbingan Mikel Arteta itu kini berada di tangga tercorot liga menjelang pertemuan dengan Norwich City selepas waktu rehat antarabangsa.
Muzaffar Musa
Thu Sep 02 2021
Tifo Indonesia pernah bedal Jepun 7-0 di Gelora Bung Karno curi tumpuan
Tifo gergasi dimana Indonesia pernah membenam Jepun 7-0 pada tahun 1968 sebelum bermula perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara dua negara itu di Stadium Gelora Bung Karno mencuri tumpuan.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Gelora Bung Karno jadi saksi ego Indonesia tumbang di tangan Jepun
Kuasa besar bola sepak Asia, Jepun, membelasah Indonesia 4-0 dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.
Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024: Skuad B-23 tidak wajar jadi taruhan -- Ong Kim Swee
Bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, tidak bersetuju andai pendekatan dengan mengutamakan pemain B-23 tahun sebagai pertaruhan di pentas Piala ASEAN. Malah, keadaan itu akan merumitkan lagi hasrat untuk melihat Malaysia mengulangi kejayaan pada 2010 ketika Malaysia dibimbing Datuk K. Rajagobal. Namun, hakikat yang terpaksa di telan, k
Zhafri Yahya beri gambaran sedia pikul tugas arkitek Harimau Malaya -- Pemerhati Sukan
Bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri, menyifatkan kemenangan 3-1 skuad negara ke atas Laos sememangnya wajar berlaku.
Liga Super: Berdepan Chinese Taipei, Semen Padang beri PDRM 'tonik tambahan'
Ketua jurulatih PDRM, P. Maniam berasa gembira dengan dua aksi persahabatan berkualiti yang diperolehi pasukannya ketika tempoh rehat liga domestik.
Liga Super: Wan Rohaimi optimis mampu beri Penang nafas baru
Ketua jurulatih baru Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, percaya pasukannya memiliki kualiti tersendiri untuk bersaing dalam baki saingan Liga Malaysia musim ini.
Prestasi pengadil, VAR setakat ini membanggakan - FAM
Prestasi pengadil perlawanan berada pada tahap membanggakan selain penggunaan sistem teknologi video bantuan pengadil (VAR) telah membantu meningkatkan standard pengadil dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Bergson makin garang, kini miliki rekod 12 hatrik bersama JDT
Penyerang berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melakar sensasi apabila kini dia telah mencatatkan hatrik ke-12 sepanjang bersama skuad Harimau Selatan sejak 2021.
Juara Piala Dunia 2022 dikalahkan oleh Paraguay
32,200 penyokong yang hadir di Stadium Defensores del Chaco menjadi saksi kebangkitan Paraguay meraih kemenangan ke atas Argentina.
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk merehatkan pengadil dan pengadil Video Bantuan Pengadil (VAR) yang bertugas pada aksi Liga Super Perak FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Ahad lalu.
Ranieri turned down offers before Roma retirement U-turn
Ranieri turned down other offers
Van Nistelrooy wishes Man Utd success under Amorim
Van Nistelrooy wishes Man Utd well
Rozner takes halfway lead in Dubai, McIlroy and Hatton chasing
Rozner leads, McIlroy chasing
Indonesia 0-4 Japan: Visitors stay unbeaten with rout
Report: Indonesia 0-4 Japan
Kyrgios confirms return to competitive tennis in Brisbane
Kyrgios confirms return
McTominay has no regrets over Man Utd exit
McTominay doesn't regret Utd exit
McIlroy: I'd pay for the privilege of playing in Ryder Cup
McIlroy: I'd pay to play Ryder Cup
Doncic 'misunderstanding' paved way for Jazz win
Doncic misunderstanding led to loss
Watkins start for England in Greece was 'no slight on Kane' - Carsley
Watkins start 'no slight on' Kane
Kumamoto Masters: Jun Hao stuns Naraoka to reach semis
National shuttler Leong Jun Hao served the latest upset of the Kumamoto Masters after he beat Kodai Naraoka to reach the semis, while professional pair Tan Wee Kiong-Nur Azriyn Ayub also impressed on Friday.