BARCELONA 1 ESPANYOL 0
Ketua jurulatih Barcelona, Xavi, menafikan dakwaan bahawa Sergio Aguero akan bersara.
Terdapat desas-desus yang mendakwa pemain kebangsaan Argentina itu akan mengadakan satu sidang media minggu depan bagi mengesahkan sama ada dia akan meneruskan kariernya sebagai pemain atau tidak.
Aguero tidak pernah beraksi sejak pasukannya terikat 1-1 dengan Deportivo Alaves pada 30 Oktober lalu, di mana dia dikeluarkan kerana berasa pening dan sakit dada.
Barca kemudian mengesahkan bahawa pemain itu terpaksa berehat selama tiga bulan selepas pihak perubatan mengesyaki dia mengalami masalah kardiovaskular. Pemain berusia 33 tahun, itu pada 12 November lalu, menegaskan dalam satu ciapan Twitter bahawa dia 'sentiasa positif' walaupun terdapat dakwaan dia tidak lagi akan dapat bermain.
Xavi, yang meraih kemenangan 1-0 ke atas Espanyol dalam perlawanan pertamanya selaku jurulatih pasukan itu awal pagi tadi, menegaskan bahawa dakwaan yang menyatakan Aguero sah akan bersara itu merupakan satu berita palsu.
"Apa yang didedahkan itu tidak benar," katanya kepada wartawan.
"Saya sudah bercakap dengannya, dia amat tenang dan gembira.
"Saya menyuruhnya untuk kembali apabila dia sudah berasa baik."
Aksi di Camp Nou awal pagi tadi menyaksikan Memphis Depay menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti untuk menewaskan seteru setempat, Espanyol, walaupun Barca bernasib baik apabila dua percubaan Raul de Tomas terkena tiang dan tandukan Landry Dimata tersasar.
"Saya amat gembira dengan tiga mata ini dan usaha yang dilakukan pemain saya.
"Kami tidak berada dalam keadaan terbaik dan Espanyol banyak mencipta masalah buat kami. Dan kami juga bernasib baik apabila percubaan mereka terkena tiang.
"Saya gembira dan saya kira ia kemenangan yang selayaknya buat kami. Kami tidak boleh gagal, itulah sikapnya untuk tidak gagal," katanya lagi.
Muzaffar Musa
Sun Nov 21 2021
Saya bersedia bertanding -- Firdaus Mohamed mengenai jawatan timbalan presiden FAM
Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed, mengumumkan bertanding sebagai calon timbalan presiden menjelang Kongres FAM bagi pemilihan jawatankuasa badan induk itu yang akan berlangsung 15 Februari depan.
Kelantan Red Warrior amal sifat 'ukur baju di badan sendiri'
Kehadiran semula pasukan Kelantan atau julukan baru Kelantan Red Warrior bakal mendapat perhatian menerusi pembentukannya yang akan menghiasi kancah tempatan tidak lama lagi.
EPL: Bukan 'hadiah' Krismas yang perlu dibanggakan -- Arne Slot
Ketua jurulatih Liverpool, Arne Slot, tidak mahu pasukannya berbangga dengan pencapaian terkini iaitu memimpin Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan 39 mata ketika perayaan Hari Natal.
Terima kasih, jumpa lagi Malaysia -- Pau Marti
Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, secara rasminya mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan kebangsaan selepas selesai tugasan terakhirnya dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, minggu lalu.
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan -- Afandi
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah, menganggap keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung keahlian KAFA sebagai mengelirukan dan mengecewakan.
Saya sayang awak Malaysia! -- Giancarlo Gallifuoco
Pemain import berpengalaman Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco, meluahkan rasa cintanya terhadap Malaysia selepas hampir empat tahun bermain dalam kancah Liga Super Malaysia bersama kelab tersebut.
Mengenang tragedi tsunami 2004: Anak angkat Cristiano Ronaldo di Indonesia diangkat sebagai duta
Anak angkat Cristiano Ronaldo yang berasal Indonesia, Martunis Ronaldo, diangkat sebagai Duta Kemanusiaan Global bagi pelantar digital, Disaster and Climate Technology Hub di UIN Ar-Raniry, Aceh.
Piala AMEC: Ini ucapan kapten Singapura sebelum singkir Harimau Malaya
Ucapan kapten Singapura, Hariss Harun, dalam bilik persalinan sebelum aksi berdepan Harimau Malaya mencuri perhatian.
Kau fikir kau siapa? -- Cristiano Ronaldo menangis dimarahi Alex Ferguson
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, berkongsikan kembali kenangan ketika rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo, dimarahi jurulatih hingga menyebabkan pemain itu menangis dalam bilik persalinan.
EPL: Saya tahu apa yang saya lakukan -- Jelas jurulatih Manchester United
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, menegaskan ketiadaan Marcus Rashford tidak menganggu pasukannya dengan dia menjelaskan tidak bercakap mengenai komennya baru-baru ini yang mencadangkan dia meninggalkan Old Trafford.
'Many things to improve' for history-chasing Sabalenka
Sabalenka has much to improve
Manchester City 1-1 Everton: Pickford penalty heroics earn Toffees a point
Report: Man City 1-1 Everton
Atalanta looking to hold off threat of chasing pack
Atalanta lead, chasers close in
Van Dijk: I love Liverpool and Liverpool loves me
Van Dijk: I love Liverpool
Konstas had no fear of facing Bumrah due to being 'young and a bit naive'
Konstas had no fearof Bumrah
LeBron: Christmas belongs to the NBA
James: Christmas is our day
Sporting sack Amorim's replacement Pereira after just eight games
Sporting sack Pereira
Celtics win shows 76ers' potential, says Embiid
Embiid: Celtics win shows potential
Guardiola: Man City in danger of not qualifying for Champions League
Pep: Man City might not reach UCL
Konstas shines on debut in Australia's strong start
Konstas stars on Austraila debut