Xabi Alonso cemerlang pacu Leverkusen ke tampuk Bundesliga

Shaiful Shamsudin
November 26, 2023 01:09 MYT
WERDER 0 LEVERKUSEN 3
Bayer Leverkusen kembali ke puncak Bundesliga dengan kemenangan 3-0 di Werder Bremen untuk memastikan pengurus, Xabi Alonso, menikmati ulang tahunnya ke-42 yang manis, awal pagi tadi.
Bayern Munich mengambil alih sementara penguasaan di puncak Bundesliga dengan kemenangan tipis di Cologne, tetapi pasukan bimbingan Alonso itu memberikan tindak balas yang sempurna.
Gol sendiri oleh Olivier Deman memecah kebuntuan selepas sembilan minit perlawanan.

???? ???? ⏸️ LET'S GOOOOOOOO! WE KEEP GOING! ?‍?⚫️? 90+3' | 0-3 | #SVWB04 | #Bayer04 pic.twitter.com/BGJSZmdFeS

— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) November 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jeremie Frimpong menjadikan kedudukan 2-0 sebelum rehat menerusi penyudah menarik dari jarak dekat sebelum Alex Grimaldo melengkapkan kemenangan mereka dengan gol ketiga Leverkusen pada minit ke-76 bagi meneruskan rentak 12 perlawanan liga tanpa tewas.
Stuttgart di tangga ketiga Bundesliga selepas gol pada kedua-dua hujung separuh masa pertama daripada Deniz Undav membantu mereka menang 2-1 di Frankfurt.
Borussia Dortmund pula melengkapkan kelompok empat teratas selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Borussia Monchengladbach dalam 4-2.
#Bayer Leverkusen #Bundesliga