Wolves anggap spekulasi Pedro Neto ke Arsenal normal

Shaiful Shamsudin
August 24, 2022 18:30 MYT
Pengurus Wolves, Bruno Lage, tidak tahu bahawa Arsenal telah membuat tawaran Pedro Neto.
The Gunners dilaporkan sedang memburu penyerang baru menjelang tarikh akhir perpindahan minggu depan yang menyaksikan Neto menjadi sasaran bagi menggantikan Nicolas Pepe yang dikatakan hampir berpindah ke Nice.
Lage tidak terkejut kelab London itu mungkin berhajatkan khidmat Neto tetapi setakat ini belum ada tawaran rasmi dibuat.
"Saya ada mendengarnya tetapi tidak tawaran yang diajukan kepada kami," katanya.

Pedro Neto has a fight with and inflatable man and manages to ????? ?? pic.twitter.com/XGyedWbBGi

— Wolves (@Wolves) August 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia perkara biasa ketika ini memandangkan pemain bagus yang kami miliki. Pasukan lain mencari pemain yang bagus dengan cara yang sama kami mendapatkan Goncalo Guedes, Matheus Nunes, Nathan Collins.
"Tiada siapa yang memberitahu saya apa-apa tentang sebarang tawaran ke atasnya."
Neto menandatangani kontrak lima tahun dengan Wolves pada Mac lalu tetapi Arsenal dikatakan sedang mengadakan perbincangan mengenai perpindahan dengan ejennya, Jorge Mendes.
#Arsenal #Wolves #Bruno Lage #Pedro Neto