West Brom lantik Steve Bruce sebagai pengurus

Muzaffar Musa
February 4, 2022 09:36 MYT
Steve Bruce akan mengambil alih tugas sebagai pengurus West Brom, demikian disahkan kelab itu awal pagi tadi.
Bruce menandatangani kontrak 18 bulan bagi menggantikan Valerien Ismael, yang dipecat selepas hanya tujuh bulan mengemudi pasukan itu semalam.
West Brom hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan terakhir dalam Liga Kejuaraan dan tergelincir ke tangga keenam selepas tewas 0-2 kepada Millwall hujung minggu lalu, yang meletakkan mereka ketinggalan lapan mata dalam perebutan tempat ke Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bruce -- yang menghabiskan dua tahun di pasukan seteru West Brom, Aston Villa, sejak 2016 -- telah berhasil membawa pasukan bimbingannya ke EPL sebanyak empat kali dan dapat mengisi kekosongan itu selepas dipecat Newcastle United pada Oktober lalu.
Dia dinamakan sebagai pengurus manakala Ismael pula akan menjadi ketua jurulatih di The Hawthors.
"Saya amat gembira untuk mendapat peluang menguruskan kelab yang mempunyai sejarah dan tradisi yang hebat seperti ini," kata Bruce dalam satu kenyataan.
"Ia adalah kelab yang amat jelas saya kenali sewaktu saya di Midlands dan saya sudah bersedia untuk menghadapi cabaran dalam membawa kelab ini ke depan.
"Saya tidak pernah membayangkan akan kembali ke bidang pengurusan secepat ini tetapi sebaik saya mendapat panggilan daripada Ron (Gourlay, CEO West Brom), saya tahu saya tidak mampu menolak cabaran untuk membawa kembali kelab ini ke tempat yang sepatutnya.
"Saya tiba dengan membawa satu sasaran dan ia adalah untuk membawa Albion ke EPL," katanya.

Welcoming our new Manager, Steve Bruce. ?? pic.twitter.com/PaKve5zJum

— West Bromwich Albion (@WBA) February 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #West Bromwich Albion #Steve Bruce #Liga Kejuaraan Inggeris
;