West Brom berhak raih satu mata -- Klopp
Ammar Hakim
December 28, 2020 09:56 MYT
December 28, 2020 09:56 MYT
Jurgen Klopp berasakan West Brom berhak seri selepas perlawanan di Anfield berakhir 1-1 semalam.
The Reds kelihatan akan melanjutkan kelebihan di puncak liga hasil jaringan Sadio Mane pada minit ke-12.
Liverpool mendominasi perlawanan sebelum tamat separuh masa pertama teapi mula kehilangan kawalan permainan, mula bertambah goyah selepas Joel Matip terpaksa meninggalkan padang ekoran kecederaan.
Alisson terselamat daripada Karlan Grant tetapi tuan rumah tidak menghidu amaran apabila Semi Ajayi menanduk masuk jaringan ketika perlawanan berbaki lapan minit.
"Ia adalah kesilapan kami sendiri. Saya tidak berasakan sesiapa mampu menjangkakan apa yang bakal dipamerkan West Brom dalam separuh masa pertama, ia seperti mengunakan formasi 6-4," kata Klopp
"Saya berasakan kami telah beraksi dengan baik. Kami menjaringkan gol dan tidak memberikan jalan kepada pasukan lawan.
"Dalam separuh masa kedua, kami gagal melakukanya. Baru sahaja lima minit perlawanan bersambung, West Brom melakukan tiga serangan balas."
6 - Liverpool have failed to win six of their 15 Premier League games this season (W9 D5 L1), as many as they did in the entirety of last season in the league (W32 D3 L3). Mortal. pic.twitter.com/RpAkpio5r9
— OptaJoe (@OptaJoe) December 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sejujurnya, West Brom melakukan tugas dengan baik sepanjang 90 minit. West Brom berhak meraih satu mata kerana kami tidak menoktahkan perlawanan, kami kurang memiliki peluang terhidang."