Weigl sasar kembali pada September

Penulis Jemputan
July 29, 2017 09:09 MYT
Pemain Borussia Dortmund, Julian Weigl, berharap dapat kembali beraksi pada September selepas mengalami kecederaan patah buku lali.
Dia yang kini sedang menjalani proses pemulihan terpaksa mengharungi proses pembedahan selepas mengalami kecederaan itu ketika aksi menentang Augsburg.
Bagaimanapun, pemain berusia 21 tahun itu yakin akan kembali turun ke padang selepas melakukan larian pertamanya sejak dua bulan lalu, semalam.
“Saya kini begitu baik, berjaya melakukan larian buat pertama kali.
“Ia bukan sesuatu yang mudah buat seorang pemain apabila terpaksa berehat lama dan melalui proses pemulihan. Anda pasti akan berusaha untuk berlari semula kerana itu merupakan penanda perkembangan pemulihan anda,” kata Weigl.
“Saya gembira berada di sini (pusat latihan Dortmund) dan berasa menjadi sebahagian daripada pasukan,” tambahnya.
#Borussia Dortmund #Augsburg #Bundesliga #Julian Weigl #Jerman
;