Wayne Rooney tolak lamaran kelab Arab Saudi sebelum ke Birmingham

Muzaffar Musa
October 13, 2023 05:30 MYT
Pengurus baru Birmingham, Wayne Rooney, mendedahkan bahawa dia memilih haluan berbeza sewaktu dilamar oleh kelab dari Arab Saudi.
Rooney diperkenalkan sebagai penbgurus baru The Blues dalam sidang media di St Andrew semalam, di mana dia duduk bersebelahan dengan ketua eksekutif kelab itu, Garry Cook.
Cook menyandang jawatan itu sejak Julai lalu selepas Birmingham diambil alih oleh syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, Shelby Companies Limited, di mana dia sebelum itu pernah menjadi pengerusi eksekutif dan ketua eksekutif Liga Pro Saudi.
Jordan Henderson dan pengurus, Steven Gerrard -- yang merupakan bekas rakan sepasukan Rooney dalam skuad kebangsaan England -- antara individu berprofil tinggi myang enyertai liga berkenaan sepanjang beberapa bulan ini.
Ketika ditanya sama ada Rooney pernah mendapat tawaran dari Arab Saudi, Cook berkata: "Kami ada berbincang tetapi ia tidak akan terjadi."
Rooney menambah: "Dengan penuh hormat terhadap mereka yang ke sana -- buat diri saya, saya berasakan bahawa perkembangan saya, haluan saya berbeza dengan mereka."
Untuk rekod, bekas penyerang Everton dan Manchester United itu tiba di Birmingham selepas meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih DC United pada hujung minggu lalu.

WR: "Having played here, knowing how hostile it can be, I am glad I am on this side of it now. My job is to put a team out that the fans want to come and watch, want to come and support. I am ready to take this Club forward. It is an honour to be here." pic.twitter.com/Y3RSyycrtN

— Birmingham City FC (@BCFC) October 12, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Wayne Rooney #Birmingham City #Liga Kejuaraan