Wayne Rooney mahu bawa Birmingham kembali ke EPL
Muzaffar Musa
October 13, 2023 11:03 MYT
October 13, 2023 11:03 MYT
Wayne Rooney menegaskan bahawa dia bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai pengurus Birmngham dalam misi membawa kelab itu kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bekas kapten england itu dilantik sebagai pengurus baru The Blues dengan kontrak tiga setengah tahun selepas meninggalkan DC United hujung minggu lalu.
Ia hanya dua hari selepas kelab Midlands itu -- yang diambil alih oleh syarikat Amerika Syarikat, Shelby Companies Limited, pada Julai lalu -- memecat pengurus lama, John Eustace, pada ketika mereka sedang menduduki tangga keenam Liga Kejuaraan.
Wayne Rooney. Birmingham City Manager. ? pic.twitter.com/M5zA0drqyo
— Birmingham City FC (@BCFC) October 12, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rooney kembali dalam bidang kejurulatihan di negara kelahirannya selepas pernah mengendalikan Derby Count dari 2020 hingga 2022 dan dia berkata dalam sidang media di St Andrew: "Untuk diri saya sendiri, dapat kembali ke dalam arena bola sepak Inggeris merupakan sesuatu yang hebat, itulah yang saya sentiasa mahu lakukan.
"Saya memiliki beberapa tawaran daripada kelab lain sepanjang empat hingga enam minggu ini tetapi sejak berbincang dengan Birmingham dan melihat kepada cita-cita kelab ini, di mana arah tujuan mereka, saya menjadi teruja.
"Saya mahu menjadi seorang yang berjaya, amat jelas kelab ini mahukan kejayaan dan semua yang kami bincangkan benar-benar selari. Ia satu perbincangan yang amat mudah.
"Itulah sasarannya, buat kelab ini dan saya secara peribadi, sudah pasti untuk membawa kelab ini kembali ke EPL.
"Saya fikir ada banyak perkara perlu dilakukan buat kelab bola sepak ini," katanya.