Wayne Rooney label Arsenal dalam kelas elit Eropah

Shaiful Shamsudin
July 20, 2023 13:43 MYT
MLS All-Star 0 ARSENAL 5
Bekas bintang England, Wayne Rooney, menggelar Arsenal sebagai salah satu skuad terbaik Eropah sambil menyuarakan kekecewaan selepas melihat pasukan MLS All-Star kendaliannya ditewaskan hampir tidak melawan, sebentar tadi.
The Gunners yang dikemudi Mikel Arteta menang bergaya 5-0 di depan penyokong sesak di Washington DC, di mana gol pembukaan Gabriel Jesus disusuli rembatan Leandro Trossard.
Sepakan penalti oleh Jorginho selain percubaan Gabriel Martinelli dan jaringan pertama Kai Havertz sejak tiba di Arsenal melengkapkan segala-galanya dalam pertembungan berat sebelah itu.
Tonggak baru, Declan Rice dan Jurrien Timber, membuat penampilan pertama mereka sejak menyertai kelab itu, lantas mengundang kekaguman legenda Manchester United, Rooney.
“Sudah tentu keputusannya membukikan kualiti Arsenal,” kata jurulatih MLS All-Star itu.
“Saya fikir pemain All-Star kelihatan sedikit gementar dan teragak-agak, terutama dalam separuh masa pertama apabila kami memasuki beberapa kawasan yang bagus untuk melancarkan percubaan.

A five-star performance ✨ pic.twitter.com/F6usAamsEP

— Arsenal (@Arsenal) July 20, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya rasa anda boleh nampak perbezaannya. Arsenal merupakan antara pasukan terbaik di Eropah
“Pengadil sekali lagi merencatkan permainan jadi saya fikir ia aspek yang perlu diperbaiki dalam MLS.
“Saya telah mengatakannya sepanjang musim jadi ia adalah peluang yang baik untuk saya mengutarakannya semula.
"Namun, ini adalah satu keputusan yang mengecewakan.
"Apa yang paling mustahak adalah menyajikan satu perlawanan yang menghiburkan buat peminat, khususnya peminat di DC yang datang untuk melihat beberapa aksi menarik pemain."
#Arsenal #Wayne Rooney #MLS All Stars
;