Ammar Hakim
Tue Oct 25 2022
Aston Villa telah mengesahkan pelantikan Unai Emery sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu, berikutan pemecatan Steven Gerrard.
Bekas bos Arsenal itu kembali ke Liga Perdana Inggeris (English Premier League) selepas membina semula reputasinya dengan kejayaan di Villarreal, merangkul kejayaan Liga Europa pada 2021 dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.
Villa, yang menghentikan rentetan aksi hambar dengan membelasah Brentford 4-0 Ahad lalu di bawah jurulatih pasukan utama Aaron Danks, mengesahkan pengendali Sepanyol itu akan mengambil alih jawatannya pada 1 November dan tidak akan berada bersama pasukan untuk perlawanan bertemu Newcastle United.
Ini bermakna tugas pertama Emery adalah ujian berturut-turut menentang Manchester United, melayan kunjungan pasukan Erik ten Hag dalam Liga Perdana pada 6 November sebelum bertandang ke Old Trafford empat hari kemudian dalam Piala EFL.
Emery kemudiannya akan membawa Villa ke pertembungan EPL dengan Brighton and Hove Albion, perlawanan terakhir sebelum musim berhenti seketika untuk Piala Dunia di Qatar.
Kemenangan Villa menentang Brentford, yang pertama mereka dalam empat perlawanan EPL, membawa pasukan itu ke tangga ke-15 dalam jadual, tiga mata di atas zon penyingkiran.
EPL: Unai Emery puji melambung anak buah dengan aksi memukau babak pertama
Pengendali Aston Villa, Unai Emery gembira dengan cara pemainnya "serius" semasa pertembungan 5-0 di Sheffield United.
UECL: Unai Emery puji pemain simpanan Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Unai Emery, berasakan barisannya menunjukkan peningkatan setelah menghasilkan malam yang sempurna apabila menduduki tangga teratas dalam kumpulan Liga Persidangan Eropah (UECL) dan mara ke pusingan 16 selepas keputusan seri 1-1 dengan Zrinjski Mostar, awal pagi tadi.
Aston Villa di belakang tujuh kelab besar
Pengurus Aston Villa, Unai Emery, memperkecilkan potensi mereka sebagai antara calon untuk meraih tiket kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) sekalipun membelasah West Ham.
UECL: Emery gesa Aston Villa segera sesuaikan diri dengan keperluan peringkat Eropah
Unai Emery menegaskan bahawa Aston Villa perlu belajar untuk menangani keperluan dalam kejohanan di peringkat Eropah dan enggan menyalahkan pertukaran yang dilakukannya ketika tewas 2-3 kepada Legia Warsaw dalam aksi Liga Persidangan Eropah (UECL) awal pagi tadi.
Ketua pasukan watak kemenangan Aston Villa -- Unai Emery
Pengurus Aston Villa, Unai Emery, menghamburkan pujian terhadap ketua pasukan, John McGinn, selepas barisannya menundukkan Everton 4-0 untuk kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Pau Torres-Unai Emery bergabung semula di Aston Villa
Aston Villa telah melengkapkan pembelian pemain pertahanan, Pau Torres, daripada Villarreal.
Unai Emery nikmati bawa Aston Villa ke Liga Persidangan Europa UEFA
Unai Emery ingin meraikan kejayaan membawa Aston Villa ke pertandingan Eropah buat kali pertama sejak 2010.
Graham Potter layak kemudi Chelsea, kata Unai Emery
Pengurus Aston Villa, Unai Emery, mempertahankan kelibat Graham Potter untuk kejayaan jangka panjang di Chelsea sambil berkata sudah ada tanda-tanda kemajuan di Stamford Bridge.
Emery tunggu Emi Martinez di Aston Villa selepas keraian melampau sindir Mbappe
Unai Emery akan memberikan nasihat kepada Emiliano Martinez berkenaan keraian kontroversi pemain itu ketika Argentina memenangi Piala Dunia Qatar baru-baru ini sebaik penjaga gol berkenaan kembali ke pangkuan Aston Villa.
Emery mahu bawa Aston Villa ke pentas Eropah
Unai Emery meminta penyokong bersabar ketika dia bertemu media buat kali pertama sebagai jurulatih Aston Villa semalam, tetapi itu tidak menghalangnya untuk meletakkan \cabaran peribadi' untuk menjulang trofi ke Villa Park.
Des Buckingham feels heavy schedule caught up with Oxford
Pep Guardiola says Cole Palmer is one of the players of the season
Mauricio Pochettino not expecting a vulnerable Man City in FA Cup semi-final
City were knocked out of the Champions League in midweek.
Juventus hit back from two goals down to salvage a draw at Cagliari
Raith Rovers keep unlikely title bid alive with narrow victory at Inverness
.
Oxford frustrated in play-off push as Stevenage force draw
.
Former Wales winger Leighton James dies, aged 71
Emma Hayes: Chelsea not overthinking semi-final against ‘world-class’ Barcelona
England stars out cheaply as Dukes ball returns to County Championship
Emma Raducanu’s run at Stuttgart Open ended by world number one Iga Swiatek