ITALI 8 SAN MARINO 0

Jurulatih Itali, Giampiero Ventura, menafikan kepentingan kemenangan 8-0 pasukannya ke atas San Marino, sebaliknya menekankan ramai pemain muda akan mempunyai peranan besar pada masa depan.


Hatrik Gianluca Lapadula, salah seorang daripada sembilan pemain yang membuat penampilan pertama dalam kesebelasan utama, membantu Itali meriah kemenangan membanggakan di Empoli, awal pagi tadi.

Menduduki ranking ke-204 dunia, kekalahan San Marino adalah yang ke-16 berturut-turut apabila mereka dibolosi empat gol dalam setiap babak.

Jadi, ia tidak mengejutkan apabila Ventura menolak kepentingan kemenangan itu tetapi dia mempunyai harapan terhadap beberapa pemain muda yang dianggapnya sudah boleh bersama dengan skuad kebangsaan.

"Perlawanan ini bukan lebih untuk mengesahkan siapa yang bermain sekarang. Sselain daripada itu, ada kumpulan yang mahu berada di sana dan itulah perkara paling baik dan paling penting," katanya.

"Semangat itu penting, hasilnya tidak menjadi masalah kerana kami bukan menentang salah sebuah pasukan terbaik. Ia adalah perlawanan pertama bagi pemain daripada kem untuk mengatakan siapa mereka dan siapa yang mereka mahu jadi.

"Tidak banyak ruang dan kami meletakkan bersama-sama, terutama dalam tempoh 30 minit pertama.

"Saya tidak tahu bila tetapi beberapa pemain ini akan menjadi sebahagian daripada masa depan Itali. Mereka sangat muda, mereka mempunyai potensi dan memerlukan masa mencari jalan betul untuk menjadi sebahagian daripadanya."

Gianmarco Ferrari, Andrea Petagna, Mattia Caldara dan Matteo Politano juga berada dalam senarai penjarin, bersama-sama dengan jaringan sendiri Giovanni Bonini.

Selepas ini, Itali akan beraksi dalam persahabatan menentang Uruguay sebelum menghadapi Liechtenstein dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.