Usahawan Malaysia jadi pemegang saham individu kedua terbesar AFC Wimbledon
Muzaffar Musa
November 9, 2022 13:33 MYT
November 9, 2022 13:33 MYT
Ananth S. Nathan menjadi presiden antarabangsa bagi AFC Wimbledon selepas menjadi pelabur utama kelab EFL Two berkenaan.
Pelaburan usahawan Malaysia itu juga merupakan pelaburan individu kedua terbesar dalam AFCW Plc, syarikat yang merupakan pemilik FC Wimbledon Ltd, AFCW Stadium Ltd, AFC Wimbledon Women, dan The Wider Interests of Football Limited.
"Semangat komuniti yang kuat untuk menghidupkan kembali kelab ini menjadi faktor penting terhadap pelaburan ini," katanya.
"Tidak pernah terlintas di minda saya bahawa ia satu perlaburan, saya melakukannya kerana saya cintakan bola sepak dan sejarah romantis kelab ini.
"Ketika saya menyelami muzium di sini di Plough Lane, saya jadi merinding. Itulah kesan yang saya mahu ciptakan di Malaysia. Jadi, apabila peluangnya datang, saya perlu meletakkan nama saya," katanya.
?????????: ??? ????????????? ????????? Ananth S. Nathan is a Malaysian businessman currently investing in our club’s future ?? Here he discusses: ? Why he Invested ? His Vision ? Esports ➕ Much More#AFCW ??https://t.co/A14FUUySUY
— AFC Wimbledon (@AFCWimbledon) October 6, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia menambah bahawa impiannya adalah untuk melihat The Dons bermain menentang pasukan kebangsaan Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan negara-negara lain di rantau ini sambil mahu mengembangkan Akademi Wimbledon di Asia untuk membantu pencarian bakat dan pengalaman buat kelab itu dan pasukan kebangsaan.
Ananth, yang juga merupakan presiden Persatuan E-Sukan Malaysia (MESF), turut mendedahkan visinya untuk menjadikan Stadium Plough Lane sebagai pusat e-sukan terbaik.