UNL: Van Dijk, Frenkie de Jong tinggalkan Belanda ekoran keperluan perebutan kelab

Aleqha Zainal
November 19, 2024 13:14 MYT
Tonggak utama Belanda, Virgil van Dijk dan Frenkie de Jong, telah meninggalkan kem pasukan atas alasan perubatan menjelang perlawanan terakhir Liga Negara-Negara UEFA (UNL) yang berlangsung pagi esok.
Kedua-dua pemain tersebut beraksi dalam kemenangan Oranje 4-0 ke atas Hungary yang mengesahkan tempat mereka di peringkat suku akhir, Ahad lalu.
Van Dijk yang menjadi tonggak utama Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, bermain selama 90 minit di Amsterdam tetapi perlu kembali ke kelabnya untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, De Jong yang bermain semula dalam skuad utama buat kali pertama sejak September 2023, yang terlepas 18 perlawanan antarabangsa sebelum ini kerana kecederaan.

Virgil van Dijk and Frenkie de Jong are not part of the squad for our final group stage game against Bosnia and Herzegovina in the #NationsLeague. ℹ️ @RonaldKoeman: “For both Frenkie and Virgil it is better for them to leave the training camp at this moment. That decision was… pic.twitter.com/EPcqG31Aux

— OnsOranje (@OnsOranje) November 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain Barcelona itu dikeluarkan selepas 68 minit dan telah mengesahkan selepas perlawanan bahawa dia tidak akan bermain pada hari Selasa. Namun, kini dia memilih untuk kembali ke Sepanyol daripada kekal bersama skuad kebangsaan.
"Bagi Frenkie dan Virgil, adalah lebih baik untuk mereka meninggalkan kem latihan buat masa ini. Keputusan itu dibuat atas alasan perubatan tatkal kepentingan pemain sentiasa diutamakan," kata Ronald Koeman.
#bola sepak #Virgil van Dijk #Belanda #Frenkie de Jong #UNL #Liga Juara Negara-Negara UEFA
;