Unifi Piala Malaysia: Jersi ketiga Kedah Darul Aman angkat legasi Sang Kenari
Saufi Tahir
November 22, 2024 14:06 MYT
November 22, 2024 14:06 MYT
Kedah Darul Aman (KDA) melancarkan jersi ketiga berwarna Hijau, Kuning dan Merah dengan maskot Burung Kenari yang ikonik mencuri tumpuan apabila dijadikan logo utama skuad Hijau Merah itu.
Malah, elemen kotak yang memenuhi jersi itu pula diinspirasikan daripada bendang pada yang sinonim dengan Negeri Jelapang Padi itu.
Kedah akan menerima kunjungan Kuala Lumpur (KL) City menjelang perlawanan pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia 2024 pada jam 9 malam ini.