Ugarte dijangka bakal turun bertemu Southampton -- Ten Hag

Ammar Hakim
September 13, 2024 12:55 MYT
Pengendali Manchester United, Erik ten Hag, mendedahkan pemain terbaru, Manuel Ugarte, bersedia untuk diturunkan untuk penampilan sulung bersama The Red Devils hujung minggu ini.
Manchester United menandatangani Ugarte dari Paris Saint-Germain pada hari terakhir jendela perpindahan pemain. The Red Devils berdepan Liverpool dua hari berikutnya dan tanpa kehadiran Ugarte. Pengendali kelahiran Belanda itu mengesahkan pemain tengah skuad kebangsaan Uruguay itu bersedia untuk turun bertemu Southampton.
Ten Hag turut berkongsikan perkembangan mengenai Rasmus Hojlund dan Luke Shaw.
Bercakap kepada media, Ten Hag berkata, “Rasmus Hojlund dan Luke Shaw mereka berkembang dengan sangat baik tetapi tidak bersedia untuk perlawanan ini.
"Manuel Ugarte, kita semua telah melihat dia bermain untuk Uruguay, dia kembali petang ini, dia adalah satu-satunya pemain yang kembali hari ini, semua yang lain kembali semalam jadi dia tersedia untuk perlawanan ini."
Manchester United tidak memperoleh permulaan yang baik bagi musim 2024/25 selepas tewas dua kali dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Bahagian tengah telah menjadi bidang utama yang membimbangkan Red Devils sejak musim lalu dan selepas aktif dalam pasaran perpindahan, mereka berharap Ugarte dapat memberi impak.
#Manchester United #EPL #Paris Saint-Germain #Erik ten Hag #Manuel Ugarte
;