MIDTJYLLAND 5 LAZIO 1

Ketua jurulatih Lazio, Marizio Sarri, kecewa dengan persembahan pasukannya selepas tewas besar 1-5 kepada Midtjylland dalam perlawanan Kumpulan F, Liga Europa (UEL) di Arena MCH awal pagi tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Lazio tergelincir ke tangga ketiga kumpulan berkenaan dengan terikat tiga mata dengan Feyenoord dan Midtjylland.

"Malangnya, ada ketika Lazio langsung tidak menyerlah dan ia lebih teruk apabila berlaku di peringkat Eropah," katanya kepada Sky Italia.

"Kerana kami sudah berusaha untuk memperbaikinya.

"Kami langsung tidak berasa malu. Kami fikirkan yang kami sudah mengatasi masalah ini tetapi ia tentang mentaliti, anda tidak akan dapat apa-apa di luar kemampuan anda.

"Ia tanggungjawab saya, saya akan menguruskannya dengan pemain.

"Saya akan meminta penjelasan daripada mereka kerana saya dapat lihat keangkuhan dan keraguan yang besar ketika ini.

"Kami semua hanya terpacak dan bermain dengan rentak yang perlahan ketika kami ketinggalan empat gol dan sedang mengejar," katanya.