UEL: Roma kejutkan AC Milan
Najmi Iman
April 12, 2024 08:31 MYT
April 12, 2024 08:31 MYT
Kelab gergasi Itali, AC Milan, perlu bangkit serta-merta selepas tewas dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Eropa UEFA (UEL), menentang AS Roma di San Siro, awal pagi tadi.
Satu-satunya gol yang tercipta datang pada awal separuh masa pertama apabila pemain pertahanan Roma, Gianluca Mancini, tidak dikawal dalam kotak penalti menanduk masuk gol hasil sepakan sudut dari Paulo Dybala.
A narrow defeat in the first leg but this tie is far from over. On to the Olimpico.#ACMASR #UEL #SempreMilan pic.twitter.com/twqfXQFdZd
— AC Milan (@acmilan) April 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
AC Milan menerima tamparan hebat, selepas tujuh kemenangan berturut-turut mereka berakhir, dan kini mereka melalui misi hidup mati untuk menang di gelanggang lawan, Stadio Olimpico, pada aksi timbal balik kedua jika mereka ingin mara ke separuh akhir.