UEL: Leverkusen terus cemerlang

Najmi Iman
April 11, 2024 07:24 MYT
Jonas Hofmann, dan Victor Boniface, turun sebagai pemain gantian untuk menyelamatkan maruah Laverkusen perlawanan pertama suku akhir Liga Eropa UEFA (UEL), mereka.
Leverkusen terus melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada 42 perlawanan musim ini dan bakal menjadi juara Bundesliga sekiranya mereka berjaya mengalahkan SV Werder Bremen pada ahad ini.
Penjaga gol West Ham United, Lukasz Fabianski, berjaya melakukan beberapa penyelamatan penting untuk menghalang daripada gol tercipta sehingga tamat separuh masa pertama.
Bayer Leverkusen mendominasi permainan tetapi menemui jalan buntu keluar sehingga jurulatih mereka, Xabi Alonso, melakukan pertukaran pemain yang akhirnya membawa kepada kemenangan.

???? ???? ⏸️ WHAT A WIN! GET IN THERE! ?‍?⚫️? 90+3' | 2-0 | #B04WHU #Bayer04 #UEL #aCROSSeurope pic.twitter.com/g39RufKici

— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) April 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hofmann menjaringkan gol pertama tujuh minit sebelum tamat permainan,manakala Boniface mengukuhkan kedudukan dengan tandukan padu pada masa kecederaan untuk membawa bekalan selesa ke BayArena.
#bola sepak #West Ham United #Bayer Leverkusen #UEL