AS ROMA 1 BAYER LEVERKUSEN 0

AS Roma meneruskan misi untuk meraih gelaran Eropah buat kali kedua berturut-turut apabila Edoardo Bove muncul penjaring gol tunggal ketika mengatasi Bayer Leverkusen 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa (UEL) di Stadio Olimpico awal pagi tadi.

Juara Liga Persidangan Europa (UECL) musim lalu itu menerbitkan harapan untuk terus bersinar dalam saingan Eropah menerusi kemenangan ke atas Leverkusen dalam aksi timbal balik pertama berkenaan.

Roma, yang gagal menenangi perlawanan separuh akhir pertama peringkat Eropah dalam enam enampilan terakhir, menamatkan badi itu dengan membawa bekalan tipis menjelang tandangan ke BayArena minggu depan.

Apa yang menarik perhatian dalam perlawanan kali ini adalah pertembungan ketua jurulatih Leverkusen, Xabi Alonso, dengan mentornya sewaktu di Real Madrid, Jose Mourinho, tetapi Mourinho jelas membimbing pasukan yang lebih baik untuk muncul pemenang biarpun hanya dengan kelebihan tipis.

Pasukan tuan rumah itu memperoleh gol kemenangan berkenaan dengan cara yang tidak disangka-sangka pada minit ke-62 apabila pemain berusia 20 tahun, Bove, memanfaatkan bola muntah susulan percubaan kencang Tammy Abraham untuk melakukan penyudah kaki kiri bagi menewaskan penjaga gol, Lukas Hradecky.