UEL: Gol Rabiot bawa Juventus ke separuh akhir atasi Sporting
Muzaffar Musa
April 20, 2023 06:49 MYT
April 20, 2023 06:49 MYT
SPORTING 1 JUVENTUS 1
(Juventus ke separuh akhir dengan agregat 2-1)
Juventus layak ke separuh akhir Liga Europa (UEL) biarpun terikat 1-1 dengan Sporting CP dalam perlawanan suku akhir kedua di Estadio Jose Alvalade awal pagi tadi.
Ini selepas pasukan gergasi Serie A itu memperoleh kelebihan agregat 2-1 susulan kemenangan 1-0 dalam perlawanan pertama di gelanggang sendiri minggu lalu.
Dipacu dengan semangat baru selepas hukuman pemotongan 15 mata yang dikenakan ke atas mereka dalam saingan Serie A kini ditunda, Adrien Rabiot membuka jaringan seawal minit kesembilan untuk Juve menggandakan agregat gol mereka selepas Federico Gatti memberikan kelebihan tipis dalam perlawanan pertama di Stadium Allianz.
Bagaimanapun, Marcus Edwards kemudian segera menyamakan kedudukan buat Sporting menerusi tendangan penalti selepas Rabiot didapati mengasari Manuel Ugarte pada minit ke-20.
Akan tetapi, Bianconeri kental mempertahankan kelebihan satu gol itu sehingga ke wisel penamat untuk layak ke separuh akhir Kejohanan Eropah buat kali pertama sejak musim 2016-17.
Mereka seterusnya akan berdepan cabaran Sevilla -- yang menyingkirkan Manchester United dalam satu lagi aksi suku akhir -- bagi penentuan ke final.
Our Frenchman has us off to a flyer! ???#SCPJUV #UEL pic.twitter.com/Z6HxePteWO
— JuventusFC ???? (@juventusfcen) April 20, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.