UEL: Bertemu Arsenal bukan perkara baru buat Emery
Ammar Hakim
April 15, 2021 06:37 MYT
April 15, 2021 06:37 MYT
Unai Emery menegaskan untuk menghadapi bekas kelab bukanlah hal baru baginya kerana dia bertujuan untuk membawa Villarreal ke final Eropah buat pertama kali dengan menyingkirkan bekas majikannya, Arsenal.
Villarreal mara ke separuh akhir Liga Europa berkat kemenangan agregat 3-1 ke atas Dinamo Zagreb, yang merupakan pasukan yang mengejutkan Tottenham dalam pusingan sebelumnya.
Setelah menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan pertama untuk meletakkan pasukan LaLiga mengawal kedudukan di suku akhir, Gerard Moreno kembali menemui sasaran dalam kemenangan 2-1 awal pagi tadi untuk menjadikannya enam gol dalam lima perlawanan terakhirnya dalam pertandingan itu.
Bakal bertemu Arsenal selepas ini, kelab yang dipimpin Emery selama 18 bulan, mara ke final Liga Europabersama The Gunners pada Mei 2019 tetapi dipecat sebelum berakhir tahun kalendar.
"Pertama sekali, saya biasa bertemu bekas pasukan sehingga bermain dengan Arsenal, di mana saya melatih, bukanlah sesuatu yang baru sebagai pengalaman. Kami akan menghadapinya dengan rendah hati, bangga dan bertanggungjawab," kata Emery.
"Ini adalah kesempatan untuk membangunkan lagi Villarreal di peringkat teratas bola sepak Eropah.
"Yang penting adalah untuk kita menikmati apa yang telah kita lakukan setakat ini dan menikmati peluang untuk memecahkan rekod kita untuk mara ke separuh akhir tetapi tidak kemudian ke final Eropah."
Emery faces former club Arsenal ?#UEL pic.twitter.com/ABUW1lSJ0H
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) April 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.