UEL: Barcelona sahkan Busquets terseliuh buku lali menjelang aksi lawan Manchester United

Muzaffar Musa
February 7, 2023 04:30 MYT
Kapten Barcelona, Sergio Busquets, berkemungkinan besar tidak dapat diturunkan menjelang perlawanan Liga Europa (UEL) menentang Manchester United minggu depan selepas pendahulu LaLiga itu mengesahkan pemain berkenaan terseliuh buku lali ketika menentang Sevilla.
Busquets mengalami kecederaan itu pada minit keempat perlawanan -- di mana Barca meraih kemenangan 3-0 dalam aksi LaLiga di Camp Nou awal pagi semalam -- selepas menerima terjahan Youssef En-Nesyri.
Pemain berusia 34 tahun itu, yang beraksi sebanyak 27 daripada 31 perlawanan Barcelona musim ini, menjalani unjian imbasan awal pagi tadi dan didapati mengalami kecederaan lateral collateral ligamen di buku lali kirinya.

MEDICAL NEWS | Tests carried out this morning have revealed that Sergio Busquets has a lateral collateral ligament sprain in his left ankle. He is out and his recovery will determine his availability. pic.twitter.com/taS6pCsJsy

— FC Barcelona (@FCBarcelona) February 6, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun tiada sebarang jangka masa ditetapkan bagi proses pemulilhannya, bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu dijangka terpaksa berehat selama dua minggu.
Ia menyaksikan dia akan terlepas dua pertemuan LaLiga menentang Villarreal dan Cadiz selain ketika malayani kunjungan United dalam pusingan 16 UEL pada 16 Februari ini.
Barca kemudian akan bertandang ke Old Trafford seminggu kemudian sebelum melengkapkan jadual perlawanan bulan ini dengan tandangan ke laman Almeria.
#bola sepak #Manchester United #Barcelona #LaLiga #Liga Europa #Sergio Busquets