UECL: Unai Emery puji pemain simpanan Aston Villa

Shaiful Shamsudin
December 15, 2023 11:12 MYT
VILLA 1 MOSTAR 1
Pengurus Aston Villa, Unai Emery, berasakan barisannya menunjukkan peningkatan setelah menghasilkan malam yang sempurna apabila menduduki tangga teratas dalam kumpulan Liga Persidangan Eropah (UECL) dan mara ke pusingan 16 selepas keputusan seri 1-1 dengan Zrinjski Mostar, awal pagi tadi.
Emery melakukan lapan pertukaran daripada kemenangan ke atas Arsenal minggu lalu yang menyaksikan penjaga gol, Filip Marschall, melakukan penampilan sulungnya sementara Jacob Ramsey membuat permulaan pertamanya dalam tempoh lima bulan.
Pemain tengah Galatasaray yang dipinjamkan, Nicolo Zaniolo, meletakkan Villa di depan sejurus selepas sejam permainan.
Walaupun Matija Malekinusic meledak gol penyamaan yang menakjubkan buat tuan rumah di penghujung perlawanan, keputusan itu sudah cukup untuk menyaksikan Villa meraih tangga teratas Kumpulan E di hadapan Legia Warsaw.
Villa lega dapat mengelak dua perlawanan play-off, seterusnya mara terus ke peringkat kalah mati.
“Kami gembira kerana objektif kami adalah untuk menjuarai kumpulan menerusi keputusan seri ini,” katanya.
“Kami cuba menurunkan beberapa pemain yang tidak kerap beraksi pada musim ini akibat kecederaan seperti Jacob Ramsey dan Alex Moreno, begitu juga dengan Leander Dendoncker, Filip Marschall dan Tommi O’Reilly.
“Adalah penting untuk mereka mendapatkan keyakinan dan minit permainan. Malam ini adalah sempurna dengan keputusan seri dan keputusan serta sempurna dalam memberi beberapa peluang kepada pemain.”
#Unai Emery #Aston Villa #UECL
;