UCL: The Villans hampir cicir mata berdepan RB Leipzig
Husna Zainudin
December 11, 2024 14:28 MYT
December 11, 2024 14:28 MYT
Penghuni kedudukan ketiga dalam carta Liga Juara-Juara (UCL) hampir berputih mata selepas diberi tentangan sengit daripada pasukan tuan rumah, RB Leipzig, dalam aksi peringkat di Arena Red Bull, awal pagi tadi.
Beberapa minit sebaik wisel dibunyikan, pemain kelahiran United Kingdom, John Mcginn, menggegar gawang gol pasukan tuan rumah seawal tiga minit masa perlawanan untuk mendahului dengan 1-0.
Tersentak dengan gol pembukaan itu, Nicolas Seiwald melakukan hantaran jauh menuju ke kotak penalti dan berjaya disempurnakan menerusi gerakan solo Lois Openda untuk gol penyamaan.
Jingle bells, jingle bells, jingle all the way... oh what fun it is to see the Villa win away ? pic.twitter.com/X0hPwYvCUW
— Aston Villa (@AVFCOfficial) December 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bersambung di babak kedua, giliran pasukan pelawat pula mengambil alih untuk menggandakan jaringan hasil sepakan tepat menuju ke gawang gol Jhon Duran pada minit ke-52.
Berselang 10 minit kemudian, Christoph Baumgartner muncul sebagai pencetak gol penyamaan yang sekaligus menjadikan situasi kian tegang.
Bagaimanapun, jaringan di minit akhir perlawanan berjaya menyelamatkan maruah The Villans sebagai pasukan yang menghuni kedudukan tiga teratas liga menerusi jaringan Ross Barkley untuk kedudukan kekal 3-2 hingga wisel penamat dibunyikan.
Jingle bells, jingle bells, jingle all the way... oh what fun it is to see the Villa win away ? pic.twitter.com/X0hPwYvCUW
— Aston Villa (@AVFCOfficial) December 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.