UCL: Thibaut Courtois jadi duri di dalam daging Chelsea

Shaiful Shamsudin
April 18, 2023 23:35 MYT
CHELSEA 0 REAL MADRID 2
(Real Madrid ke separuh akhir dengan agregat 4-0)
Carlo Ancelotti percaya prestasi Thibaut Courtois menjadi titik tolak buat Real Madrid mengecewakan Chelsea dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Bekas penjaga gol The Blues itu menikmati permainan yang baik dalam perlawanan kedua sebentar tadi apabila gol berganda Rodrygo dalam separuh masa kedua membantu Madrid melakar kemenangan 2-0, sekali gus mara dengan agregat 4-0.
Sebelum pemain Brazil itu berhasil merobek gawang lawan, Courtois menjadi talian hayat buat pelawat apabila dia menafikan percubaan berbahaya Marc Cucurella.
Bercakap selepas perlawanan, Ancelotti memuji sumbangan penjaga golnya itu sambil memberi penghormatan kepada pasukannya kerana mampu menyerap tekanan di Stamford Bridge.

16 - @realmadriden will play the #UCL semi-finals for the 16th season, at least four more than any other team in the competition's history (Bayern Munich and FC Barcelona, 12 each). Usual. pic.twitter.com/3Ta0pC1AfW

— OptaJose (@OptaJose) April 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Mereka mendahului keputusan ini (dengan kekuatan mental),” katanya kepada Movistar.
“Percubaan yang diselamatkannya itu sangat penting. Dalam babak kedua, kami dapat bermain dengan lebih baik, kami mempunyai lebih banyak ruang.
"Kami tahu bahawa kami perlu menderita dalam permainan seumpama ini. Chelsea mencuba segala-galanya, mereka mencetuskan masalah kepada kami.
"Ia adalah permainan yang sempurna dan sewajarnya seri."
#Chelsea #Thibaut Courtois #UCL