UCL: Tandukkan emas Hummels pastikan PSG gagal ke final
Saufi Tahir
May 7, 2024 07:34 MYT
May 7, 2024 07:34 MYT
Borussia Dortmund 1-0 Paris Saint-German
Borussia Dortmund (BVB) mara ke final Liga Juara-Juara ketiga mereka selepas gol tunggal Mat Hummels memberikan kemenangan 1-0 ke atas kelab gergasi Perancis, Paris Saint-German (PSG), awal pagi tadi.
Selepas mendahului 1-0 dalam perlawanan pertama, BVB muncul dengan cemerlang sekali lagi di Parc des Princes untuk melakar kemenangan secara agregat 2-0.
6 - Paris have lost six of their seven UEFA Champions League semi-final matches (83%), the highest ratio of any team to play at least five. Ceiling. #PSGBVB pic.twitter.com/0cxxAFx5nH
— OptaJean (@OptaJean) May 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hummels menanduk masuk gol kemenangan BVB daripada sepakan sudut pada awal babak keuda untuk membawa pasukan Jerman, yang memenangi kejuaraan pada 1997, ke final pertama mereka dalam kejohanan paling berprestij di Eropah sejak 2013.
"Saya menjaringkan terlalu sedikit gol dalam UCL sepanjang karier saya, hanya lima. Sekarang adalah masa yang tepat untuk menambah jumlah itu.
"Sejak perlawanan kedua peringkat kumpulan, kami percaya kami boleh menang dalam setiap perlawanan - dan saya tidak nampak mengapa kami tidak sepatutnya menang di Wembley sekarang.
"Kami kekal aktif hari ini dan dapat mengambil masa yang banyak daripada permainan dan suasana di luar stadium. Itulah resepi kejayaan kami hari ini." katanya kepada DAZN menerusi Uefa.com.