UCL: Real Madrid alami rekod separuh masa pertama terburuk sejak 2005

Muzaffar Musa
October 22, 2020 10:24 MYT
Real Madrid bolos tiga gol dalam separuh masa pertama perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Shakhtar Donetsk awal pagi tadi, sekali gus menjadi rekod terburuk mereka sejak 15 tahun lalu.
Walaupun kehilangan hampir keseluruhan pasukan utama disebabkan koronavirus, Shakhtar bagaimanapun mempamerkan aksi gemilang dalam menundukkan skuad Los Blancos itu 3-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Madrid.
Tiga gol mereka itu dihasilkan dalam tempoh 13 minit bermula dengan terjahan Tete yang memastikan bola menuju ke penjuru kiri bawah gawang Madrid sebelum setengah jam permainan.
Empat minit berselang, Raphael Varane terjaring ke gawang sendiri sebelum Manor Salomon menjadikan kedudukan 3-0 selepas memanfaatkan kuisan tumit Tete.
Madrid cuba merapatkan jurang menerusi Luka Modric dan Vinicius Junior dalam 45 minit berikutnya tetapi ia jelas masih belum cukup.

3 - Real Madrid have conceded three first half goals in a Champions League match for the first time since September 2005 vs Lyon, while this is the first time it has happened at home in the competition since February 2000 vs Bayern Munich. Shocker. pic.twitter.com/B5gCvaaDGF

— OptaJoe (@OptaJoe) October 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia menyaksikan Madrid melepaskan tiga gol dalam babak pertama perlawanan UCL buat kali pertama sejak perlawanan menentang Lyon pada September 2005.
Madrid tidak pernah dibolosi tiga gol dalam babak pertama UCL di laman sendiri sejak Bayern melakukannya pada Februari 2000.
#Real Madrid #Shakhtar Donetsk #Liga Juara-Juara Eropah
;