UCL: Pep Guardiola sangkal rehatkan pemain sempena ujian Real Madrid

Shaiful Shamsudin
May 7, 2023 22:49 MYT

Pep Guardiola berharap Manchester City mampu mengulangi aksi mantap sebagaimana ketika menentang Leeds apabila berentap dengan Real Madrid, awal pagi Rabu ini.

Selain lima minit terakhir yang membosankan, pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berada dalam kelas yang tersendiri jika dibandingkan dengan kelab dari Yorkshire yang diancam penyingkiran itu di Stadium Etihad, semalam.
Mereka mendahului permainan dengan dua gol sumbangan Ilkay Gundogan selepas setengah permainan dan berpeluang menokok beberapa gol lagi -– termasuk kegagalan sepakan penalti Gundogan -- sementara dua percubaan Erling Haaland terkena palang sebelum jaringan Rodrigo Moreno pada minit ke-85 cuba memadam jurang itu.
Cabaran mereka yang seterusnya jauh lebih sukar memandangkan perlu berdepan juara bertahan dari Sepanyol itu dalam pertemuan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) di Bernabeu, tetapi Guardiola berasakan pasukannya berada di kedudukan yang baik.
Pengurus City itu berkata: “Saya ingin kami beraksi pada Selasa ini seperti ketika prestasi hujung minggu lalu. Kami bermain sangat bagus.
“Pihak lawan meletakkan enam bek jadi anda perlu membaca ruang dan memilih detik yang sesuai untuk menyerang.
“Erling mempunyai dua, tiga atau empat peluang untuk menyumbat gol. Dia menampilkan satu persembahan yang luar biasa, semuanya berjalan dengan lancar.
“Sebelum 2-1 dan situasi itu, dia beraksi sangat bagus.”
Guardiola membuat tujuh pertukaran dengan Jack Grealish, Rodri, Ruben Dias, John Stones dan Bernardo Silva direhatkan.
Tetapi Guardiola menegaskan ia bukan faktor utama demi memberi fokus sepenuhnya terhadap perjuangan mengungguli pentas tertinggi Eropah buat julung kalinya.
Dia berkata: “Saya tidak menggilirkan pasukan kerana memikirkan Madrid. Saya membuat rombakan disebabkan beberapa pemain mengadu begitu letih.

Happy about 10 wins in a row ????⚽⚽??? 2 goals scored, but I know it should have been my first hattrick ???‍♂️? Nevertheless a dominating team performance once again and a successful afternoon for us ? Ready for the Bernabeu now ? #CmonCity ? pic.twitter.com/jmcfleFHuX

— Ilkay Gündogan (@IlkayGuendogan) May 6, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya memandang serius EPL. Oktober, November, Disember kami bolehlah kehilangan mata tetapi jika kami keciciran mata , ia boleh menjadi satu isu besar.
"Saya adalah seorang yang naif sekiranya memberi keutamaan kepada kejohanan tertentu."

#Manchester City #Pep Guardiola #Real Madrid