Penyokong Eintracht Frankfurt dilaporkan bertempur dengan pihak polis Itali di bandar Naples dalam kunjungan mereka bagi perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) walaupun sedang menjalani penggantungan berkunjung ke laman lawan.
Beberapa video dalam media sosial menunjukkan sekumpulan penyokong melontarkan objek ke arah anggota polis berperisai sambil satu kenderaan polis turut dilihat terbakar.
Timbalan Perdana Menteri Itali, Matteo Salvini, memberikan repons terhadap satu video yang dikirimkan dalam Instagram, dengan berkata: "Mereka bukan penyokong, mereka penjenayah dan perosak.
"Saya tidak rasa mereka akan lakukan perkara sama di Jerman. Solidariti maksimum dan sokongan buat anggota polis."
Kementerian Dalam Negeri Itali tidak membenarkan penyokong Eintracht menghadiri perlawanan itu selepas beberapa insiden melibatkan orang awam dalam pertemuan pertama pusingan 16 di Jerman bulan lalu -- di mana Napoli menang 2-0.
Eintracht sebelum ini turut pernah didenda oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) atas kelakuan perkauman, membakar bunga api, melontar objek dan bertindak merosakkan harta benda awam sewaktu perlawanan UCL di laman Marseille pada September lalu.
Napoli, dalam pada itu, mara ke suku akhir dengan agregat 5-0 menerusi kemenangan 3-0 yang diraih di Stadio Diego Armando Maradona awal pagi tadi.
Muzaffar Musa
Thu Mar 16 2023


Liga Super: PDRM kukuh reputasi 'pembunuh gergasi' tumbangkan Sabah
PDRM FC menguatkan status sebagai pasukan 'pembunuh gergasi' apabila menewaskan pasukan pilihan, Sabah FC, 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Petaling Jaya sebentar tadi.

Liga Super: Terengganu tagih aura pemain ke-12 hadapi JDT
Penyokong Terengganu (TFC) diminta untuk memenuhi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menjelang kunjungan penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT), bagi aksi Liga Super malam esok.

Liga Super: Kedah jauh lebih baik berbanding Perak, kata Yusri Che Lah
Pemain import berkualiti dan pemain tempatan yang berpengalaman luas dimiliki Kedah Darul Aman (KDA) FC menjadi antara sebab Perak FC tumpas 0-3 dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada semalam.

Liga Super: Ayron del Valle ketuai pesta jaringan Selangor
Selangor FC mengekalkan kedudukan di tangga kedua Liga Super selepas membelasah Kelantan United FC 7-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi.

Liga Super: Manzoor Azwira gesa Penang tamatkan rentetan kekalahan
Ketua jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira Abdul Wahid, menggesa pasukannya menamatkan rentetan kekalahan menjelang perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Bandaraya malam esok.

Liga Super: Bruno Suzuki tidak gentar hadapi Sabah
Bintang PDRM FC, Bruno Suzuki, berkata dia tidak rasa sebarang tekanan akan menjadi sasaran pemain lawan menjelang pertemuan Liga Super dengan Sabah FC di Stadium Petaling Jaya malam esok.

Persahabatan antarabangsa: Natxo Insa kembali dipanggil, Dion Cools tiada dalam senarai
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai 27 pemain yang akan menyertai kem latihan pusat bagi aksi persahabatan antarabangsa tier 1 menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea di Kuala Terengganu pertengahan bulan ini.

Persahabatan: Skuad B-17 negara tewas tipis kepada Uzbekistan
Skuad B-17 negara tewas tipis kepada Uzbekistan dalam perlawanan persahabatan tier 2 di Stadium UiTM, Shah Alam sebentar tadi.

Liga Super: Kelantan United amat dahagakan tiga mata -- Nazrulerwan
Penolong jurulatih Kelantan United, Nazrulerwan Makmor, mengingatkan barisan pemainnya supaya tidak mudah leka berdepan Selangor FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam esok.

Liga Super: Jangan sampai Kelantan FC lingkup -- pemerhati
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham, perlu kembali memenangi hati pemainnya sekiranya mahu melihat kelab pantai timur itu bangkit dalam pusingan kedua Liga Super musim ini.

Northern Ireland’s young squad have everything to play for – Michael O’Neill
The absence of senior players such as Steven Davis, Stuart Dallas, Corry Evans and Conor Washington has left an unfamiliar group.

French Open day 12: Karolina Muchova reaches first grand slam final after upset
The story of the 12th day of action from Roland Garros.

West Ham fans line streets to toast Europa Conference League champions
The Hammers beat Fiorentina 2-1 in Wednesday night’s final in Prague.

Jonny Evans back in Northern Ireland squad for Euro 2024 qualifiers
Evans missed March’s games due to injury.

Muchova stuns Sabalenka to set up final showdown with Swiatek
Muchova became the latest unseeded women’s slam finalist while Swiatek fought off a challenge from Beatriz Haddad Maia.

D.C. United head coach Rooney says addition of Messi is 'going to be great' for MLS
D.C. United head coach Wayne Rooney believes Lionel Messi joining Inter Miami is a huge coup for MLS.

Steve Smith looking forward to seeing how England fare against Australia attack
All five of Australia’s bowlers claimed a wicket as India were reduced to 151 for five in the World Test Championship final – still 318 runs behind.

Top seed Dan Evans suffers shock second-round exit at Surbiton
Evans lost to Canadian Gabriel Diallo but four British women are through to the quarter-finals.

Matt Fitzpatrick one off lead at Canadian Open as compatriot Aaron Rai sets pace
Rai was one of three players on five under par midway through the opening round.

India struggle for runs as Australia gain upper hand in World Test Championship
By stumps on day two India were 318 behind on 151 for five.