UCL: Pengalaman bezakan Napoli-Milan -- Spalletti

Shaiful Shamsudin
April 18, 2023 07:11 MYT
Luciano Spalletti menyifatkan pengalaman cetek dan masalah kecergasan Napoli menjadi punca langkah mereka dimatikan dalam Liga Juara-Juara (UCL) oleh Milan, sebentar tadi.
Jaringan lewat Victor Osimhen membatalkan gol pembukaan Olivier Giroud dalam perlawanan suku akhir kedua itu, namun keputusan seri 1-1 di Naples membolehkan Milan mara melalui agregat 2-1 selepas menang 1-0 dalam pertemuan pertama, minggu lalu.
Spalletti pantas memuji aksi Milan sambil mencadangkan pengalaman mentah barisannya merupakan satu isu, ditambah pula dengan masalah kecergasan yang kembali menghimpit Osimhen selepas terlepas aksi pertama.
Pengurus Napoli itu memberitahu Mediaset: "Kami mengucapkan tahniah kepada Milan atas kemaraan mereka.
"Saya perlu mengucapkannya memandangkan mereka telah menonjolkan dua perlawanan dengan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang dimiliki.

This team made history. What a campaign ? #UCL pic.twitter.com/X7QKqDOyi0

— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) April 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Ini adalah petanda kematangan sesebuah pasukan, pemain tahu memilih detik terbaik: apabila mereka berdepan kederasan pemain lawan, segala jentera perlu bertahan.
"Tetapi saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pemain saya. Kami beraksi dalam kempen UCL, satu peringkat tertinggi dan malam ini juga kami menghasilkan aksi yang bagus.
“Kami terpaksa membayarnya dengan kekalahan atas kekurangan pengalaman dalam membaca detik-detik getir perlawanan.
"Saya membariskan pemain berbeza berikutan sedikit keletihan, kami bermula dengan Osimhen yang sudah tidak diturunkan selama 20 hari."
#Milan #Luciano Spalletti #Napoli #UCL
;