Nick Pope telah memberitahu Newcastle bahawa mereka perlu percaya mereka boleh memenangi setiap perlawanan jika mereka mahu dianggap sebagai antara pasukan teratas.

The Magpies menuju ke perlawanan pada malam Selasa pertembungan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan Paris St Germain dengan mengetahui kempen pertama mereka dalam dua dekad boleh berakhir jika mereka kalah.

Memori pada 4 Oktober iaitu kemenangan menakjubkan 4-1 ke atas juara Perancis itu di St James' Park, di mana membawa skuad Eddie Howe di puncak kumpulan F selepas dua perlawanan, namun dua kekalahan berturut-turut ke atas Borussia Dortmund menyebabkan mereka kini di kedudukan tercorot.

Bagaimanapun, apabila ditanya apa yang mereka perlukan di Parc des Princes, Pope berkata: "Kemenangan adalah bagus. Itu tidak akan memberikan apa-apa kemudaratan dalam mana-mana kumpulan di mana-mana peringkat.

“Ia jelas akan mengekalkan masa depan di tangan kami, juga merupakan sesuatu yang bagus untuk bertembung Milan pada perlawanan di tempat sendiri. Tetapi tumpuan penuh perlu diberikan pada esok dan mengambil pendekatan satu demi satu perlawanan pada satu masa.

“Setiap perlawanan yang kami sertai, kami perlu mencari kemenangan, sama ada Piala Liga, Liga Juara-Juara, mahupun liga.

“Saya percaya kami antara pasukan terbaik, tingkah laku pasukan terbaik dan sikap pasukan terbaik. Tanpa kira siapa pun pihak lawan, walau bagus bagaimanapun lawan, kita perlu mempunyai kepercayaan dan sikap yang kita mahu memenangi perlawanan itu.”

Newcastle berjaya memastikan bintang PSG Kylian Mbappe dan rakan sepasukannya tenang di Tyneside, tetapi pemain antarabangsa Perancis itu berada dalam prestasi terbaik sejak itu, menjaringkan 14 gol dalam 11 perlawanan terakhirnya untuk kelab dan negara.

Satu lagi 'clean sheet' di Paris akan memberi peluang kepada Pope untuk memenangi semula tempatnya dalam skuad England, walaupun dia menegaskan dia tidak mempunyai masalah dengan keputusan pengurus Gareth Southgate yang tidak memilihnya dalam senarai skuad baru-baru ini, dia tahu apa yang perlu dia lakukan untuk berpeluang kembali.