NAPOLI 1 BRAGA 0

Gol sendiri Braga sememangnya merupakan salah satu taktikal Napoli tetapi kelab Serie A itu diseru agar lebih tajam di depan gol untuk membuka kempen Liga Juara-Juara (UCL) di tempat lawan dengan nota positif.


Pengurus penyandang juara Itali itu, Rudi Garcia, menjelaskan gerakan gol sendiri sedemikian telah diterapkan dalam dalam latihan tetapi Partenopei gagal menterjemahkan dominasi separuh masa pertama di tempat lawan setelah melancarkan beberapa percubaan berbahaya dan menggegarkan tiang gol sebelum Giovanni Di Lorenzo membuka jaringan melalui voli, awal pagi tadi.

Tandukan penyamaan Bruma kemudian menyentak semangat mereka, mujur percubaan Piotr Zielinski tertampan ke gawang sendiri oleh pertahanan Braga, Sikou Niakate.

"Sentiasa sukar untuk memenangi perlawanan UCL di tempat lawan. Kami menjaringkan satu setengah gol kerana gol kedua itu adalah gol sendiri tetapi kami masih perlu mencipta hantaran silang terbabit memandangkan apa sahaja boleh berlaku,” katanya kepada Sky Sport Italia.




“Mentaliti dan semangat pasukan adalah bagus tetapi malangnya kami tidak dapat mematikan permainan apabila kami mempunyai deretan peluang untuk menjaringkan gol kedua itu.

"Ia meredakan tekanan kami dan secara tidak langsung menyemarakkan semangat pihak lawan. Apa pun, kami gembira dengan keputusan ini.”