UCL: Napoli buru mata penuh di Union Berlin

Shaiful Shamsudin
October 24, 2023 09:38 MYT
Rudi Garcia mengakui Napoli wajib menewaskan Union Berlin untuk memastikan mereka mengekalkan kedudukan kukuh dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Anak buah Garcia menduduki tangga kedua Kumpulan C, tiga mata di belakang pendahulu Real Madrid yang menang 3-2 di Naples awal bulan ini.
Terdahulu, Napoli membuka kempen mereka dengan kemenangan 2-1 ke atas Braga di Portugal dan akan bertandang ke Union Berlin, awal pagi esok.
“Kami menyedari kekuatan Union Berlin kebelakangan ini, mereka layak ke UCL selepas mengharungi musim yang cemerlang tahun lalu,” kata pengurus juara Serie A itu.

⚽️? #UCL pic.twitter.com/6J489RpLKJ

— 1. FC Union Berlin (@fcunion) October 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Mereka mempunyai pemain yang handalan seperti (Leonardo) Bonucci dan (Lucas) Tousart. UCL merupakan satu pentas hebat buat pemain dan jurulatih.
“Kami bermula dengan baik tetapi kami gagal mengutip sebarang mata ketika menentang Real Madrid jadi kami perlu menang esok.”
#Napoli #UCL #Berlin #'Union