UCL: Mikel Arteta khuatir ujian getir menanti Arsenal di Sevilla
Shaiful Shamsudin
October 24, 2023 09:53 MYT
October 24, 2023 09:53 MYT
Mikel Arteta berharap dia akan dibiarkan bercakap mengenai bola sepak selepas kelab asuhannya, Arsenal, ke Sepanyol untuk mengadakan perhitungan dengan Sevilla, awal pagi esok.
Penyerang Real Madrid, Vinicius Jr, mendakwa dia menerima ejekan berbentuk perkauman dalam pertembungan LaLiga di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, hujung minggu lalu.
Vinicius kemudiannya menggunakan media sosial untuk memuji kakitangan di atas padang kerana mengeluarkan peminat yang terbabit sambil melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Pemain Brazil itu kemudian berkata dia juga telah melihat rakaman ejekan daripada seorang kanak-kanak yang ditujukan kepadanya yang disiarkan di X: “Tahniah kepada Sevilla atas tindakan mereka dalam satu lagi episod menyedihkan untuk bola sepak Sepanyol.
“Malangnya, saya mendapati ada satu lagi video berbentuk perkauman dalam perlawanan itu dan kali ini pelakunya adalah seorang kanak-kanak.
“Saya amat kesal kerana tiada sesiapa yang mendidiknya. Saya melabur besar dalam membangunkan pendidikan di Brazil demi membentuk rakyat dengan sikap yang berbeza daripada ini.”
Parabéns ao Sevilla pelo rápido posicionamento e pela punição em mais um triste episódio para o futebol espanhol. Infelizmente, tive acesso a um vídeo com outro ato racista na partida deste sábado, dessa vez praticado por uma criança. Lamento muito que não haja ninguém para… pic.twitter.com/azlZ7ccPNZ
— Vini Jr. (@vinijr) October 21, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tiga hari kemudian, giliran Arsenal akan menjadi pelawat untuk pertembungan Kumpulan C, Liga Juara-Juara (UCL).
Arteta menyuarakan sentimen Vinicius itu sambil berharap dia masih boleh bercakap tentang perlawanan apabila bertemu media selepas perlawanan.
“Apa yang boleh saya katakan ialah Sevilla bertindak balas dengan sangat tegas dan pantas,” katanya.
“Hebat. Ayuh nikmati suasana bola sepak yang indah. Ia tidak akan menjejaskan suasana di sini dan esok, saya harap kita masih boleh bercakap tentang bola sepak dan menikmati suasananya.”