UCL: Lazio setaraf tiga gergasi Eropah, kata Sarri

Shaiful Shamsudin
September 20, 2023 08:54 MYT
LAZIO 1 ATLETICO 1
Maurizio Sarri menjelaskan jaringan gol penyamaan melalui penjaga gol tiada dalam skripnya ketika Lazio mengikat Atletico Madrid, awal pagi tadi.
Lazio perlu bangkit ketika seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara (UCL) di kota Rom itu, sekali gus menyaksikan tandukan Ivan Provedel meletakkan sebagai penjaga gol keempat yang memahat nama sebagai penjaring dalam kancah ini.
"Kami akhirnya menemui penyudah," kata pengurus kelab Serie A itu kepada Sky Sport Italia.
“Kami ketinggalan di sebalik permainan kerancakan aksi yang seimbang jadi kami mula berasakan seperti bernasib malang dan menyerah kepada keadaan. Tetapi kami akhirnya menerima ganjarannya.

????#UCL | #LazioAtleti #CMonEagles ? pic.twitter.com/vWXydWl2Qz

— S.S.Lazio (@OfficialSSLazio) September 19, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Mata ini boleh menjadi penting buat kami kerana kami berhak meraihnya ketika menentang pasukan pilihan kumpulan ini.
“Ramai berkata kami bergelut sedangkan kami perlu berdepan Napoli, Juventus dan Atletico Madrid, dalam tiga perlawanan terakhir yang berakhir dengan kemenangan, kekalahan dan seri.
“Saya rasa kami bermain di tahap yang sama dengan tiga pasukan terbaik di Eropah. Saya hanya tidak berpuas hati dengan dua perlawanan pertama kami musim ini.
"Atletico Madrid begitu mantap dalam serangan balas jadi ada masanya kami akan bergelut tetapi kami tidak membenarkan mereka ruang kecuali pada 20 minit terakhir tatkala kami perlu bangkit.
"Saya rasa statistik perlawanan ini memihak kepada kami.”
#Lazio #Maurizio Sarri #Atletico Madrid #UCL #Ivan Provedel
;