Bek kanan Manchester City, Kyle Walker, telah mengetepikan kebimbangan dan bebas untuk beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara susulan mengalami kecederaan belakang.

Pemain kebangsaan England itu tidak beraksi dalam sesi latihan terbuka semalam ketika City meneruskan persiapan untuk pertembungan Sabtu dengan Inter Milan di Istanbul.

Pemain berusia 33 tahun itu kelihatan dalam ketidakselesaan apabila dia digantikan pada minit terakhir kemenangan City di final Piala FA ke atas Manchester United di Wembley.

Tetapi Walker adalah salah seorang daripada beberapa pemain yang disediakan untuk wawancara media kemudian semalam dan dia menegaskan masalah itu tidak serius.

"Saya tidak apa-apa, saya cuma semakin tua," katanya kepada Sky Sports News.

“Saya baik-baik sahaja, ia hanya satu hari tambahan untuk pemulihan.

“Saya telah bermain banyak minit sejak beberapa minggu lalu jadi pengurus berkata, ‘Berehat sehingga hari Sabtu dan bersedia untuk beraksi’.

“Saya baik-baik saja, Saya tidak akan terlepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara untuk apa-apa.”